Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya jua
telah membolehkan penerbitan Halaman Kolej dalam dunia cyber ini untuk
tatapan semua.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih serta syabas dan tahniah kepada
En.Zazili sekeluarga dan guru-guru yang telah berusaha gigih untuk
meletakkan nama Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang dalam
dunia cyber ini.

Diharap halaman ini akan dapat memberi sedikit gambaran tentang Kolej
Tun Datu Tuanku Haji Bujang. Melalui halaman Sejarah, Visi dan Misi,
Aktiviti Panitia Matapelajaran, Pemandangan Kolej dan Halaman Terdahulu
yang terdapat dalam Halaman Kolej ini rasanya sudah mampu untuk
memperkenalkan Kolej kepada semua.

Manfaatkan halaman ini.
Sekian, wassalam.


Lily Haji Murni,
Pengetua
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang,
98009 Tanjong Lobang,
Miri, Sarawak.


Kembali Ke Laman Kolej.