Empangan Pergau tidak jejas alam sekitar

Rakyat Kelantan, khususnya di kawasan Jeli wajar berasa bangga dengan kejayaan pembinaan empangan hidroelektrik Pergau yang dirasmikan pada 22 Ogos lalu oleh Menteri Tenaga,Telekom dan Pos, Datuk Leo Moggie. "Projek Hidroelektrik Pergau yang bermula pembinaannya sejak 1991 lalu menghadapi pelbagai kontroversi dan masalah yang melanda,sebelum ia dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Semua pihak menyedari antara kontroversi yang melanda projek bernilai RM1.8 bilion itu,termasuk masalah bayaran pampasan pengambilan tanah bernilai hampir RM90 juta serta tindakan kerajaan Kelantan menahan jentera berat memasuki kawasan pembinaan terowong peralihan air di KM 24,Lebuh Raya Timur Barat. Projek Pergau itu yang beroperasi sepenuhnya penghujung September lalu menjadi mercu tanda kejayaan pembangunan projek raksasa di Kelantan.

Apa yang menarik dalam pelaksanaan projek itu ialah aspek alam sekitar yang terus diberi perhatian dalam perancangan dan penggubalan dasar tenaga,terutama kesan negatif terhadap alam sekitar. Ini membuktikan kerajaan dalam uhasanya melaksanakan pembangunan untuk negara dan kesejahteraan rakyat,sentiasa mengamalkan dasr mengutamakan keseimbangan dalam pembangunan.

Pekara ini perlu dikaji secara menyeluruh kerana tampa pembangunan seimbang,manusia akan menjadi perosak kepada alam sekitar mereka tinggal dan akhirnya manusia sediri menerima padah. Tidak hairanlah jika projekmyang menelan perbelanjaan besar itu antara projek yang paling sedikit membuktikan kesannya terhadap alam sekitar,berbanding projek empangan lain di negara ini.

Kawasan takungannya hanya meliputi keluasan mininum,iaitu 400 hektar sekali gus menggambarkan bertapa kecilnya kawasan hutan yang ditengelami air,berbanding kemampuannya membekalkan tenaga sebanyak 600MW. Begitu juga ia tidak banyak memusnahkan flora dan faunanya.

Bagi penduduk Jeli,pembinaan empangan itu menjadi harapan baru untuk membangunkan daerah ini yang masih ketinggalan. Selain menjadi pemangkin kepada pembangunan daerah ini, projek Pergau mampu bertindak membangukan ekonomi rakyat daerah ini melalui pelbagai peluang pelaburan dalam bidang pelancongan.

Rakyat Jeli harus bersedia merebut peluang sedia ada untuk membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan menarik. Tidak dinafikan sektor pelanconngan akan berkembang pesat di kawasan ini dengan adanya kemudahan asas seperti rangkai lebuh raya yang memnghubungkan Jeli-Grik.

Empangan ini mampu mengawal paras air di Sungai Pergau dan beberapa sungai lain seperti Sungai Terang,Sungai Suda,Sungai Renyok 1, Sungai Renyok 2,Sungai Renyok 3,Sungai Long 1 dan Sungai Long 2. Air takungan dalam empangan dan kolam simpanan yang mempunyai keluasan hampir setengah kilometer dan dalamannya lebih 200 meter .Ia juga membantu mengatasi sebarang masalah ketika berlakunya musim kemarau.