Mengawal Pencemaran Marin
Pelajar 6 Atas Sastera 2

Pengenalan

Lautan dan zon persisiran pantai merupakan ekosistem seimbang dan sensitif yang sentiasa terancam oleh aktiviti manusia. Aktiviti ini menyebabkan jumlah hasil tangkapan laut menurun dan di sesetengah tempat telah mengalami kepupusan. Perairan pantai sekitar 220 km dari daratan mempunyai lebih daripada separuh jumlah keseluruhan produktiviti biologi lautan dan membekalkan hampir keseluruhan jumlah penangkapan ikan dunia.

Kehidupan laut di sepanjang zon persisiran pantai boleh dibahagikan kepada empat ekosistem iaitu: payau(salt marsh), bakau(mangrove), muara(estuarine) dan terumbu karang (coral reef). Produktiviti biologi muara dan terumbu karang adalah 15 kali ganda lebih tinggi daripada lautan lepas, sementara di ekosistem payau dan bakau adalah sekitar 20 kali ganda lebih tinggi.

Sebab-sebab pencemaran marin

Pemusnahan ekosistem persisiran pantai dan lautan di Malaysia umumnya disebabkan oleh pertambahan penduduk setempat yang menyebabkan penangkapan ikan yang berlebihan dan pencemaran yang disebabkan aktiviti manusia di daratan.

Pencemaran aktiviti manusia adalah seperti:

  • · Efluen toksid dari industri
  • · Penbuangan domestik
  • · Kegiatan industri pertanian yang membuang sisa racun makhluk perosak
  • · Penebangan hutan bakau bagi kegunaan bahan bakar dan struktur bangunan serta pengubahan ekosistem kepada kawasan industri akuakultur (seperti udang)
  • · Pembangunan bandar
  • · Tumpahan minyak dari industri perkapalan
  • · Penggunaan teknik penangkapan ikan yang merugikan (pukat harimau)

    Tangkapan laut yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit pada manusia seperti penyakit kolera, hepatitis dan gastroenteritis.

    Langkah-Langkah Pencegahan

    Kerajaan telah mengemukakan beberapa undang-undang bagi mengawal ancaman pencemaran . Satu daripadanya ialah penggubalan Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974. Akta ini memberi asas undang-undang untuk menyelaras kesemua aktiviti berkaitan dengan kualiti alam sekitar di Malaysia. Seksyen 27 dalam Akta ini adalah mengenai pencemaran minyak dan bahan yang bercampur menyak ke dalam perairan Malaysia.

    Tahukah anda bahawa kebelakangan ini kerajaan Malaysia telah menyaman lebih daripada 10 buah kapal tangki minyak yang telah mencemar Selat Melaka!.Selain dari itu, laporan kesan terhadap alam sekitar akibat daripada aktiviti yang dirancang mesti dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar. Ini adalah mengikut Seksyen 34(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) dan Undang-Undang Malaysia Akta A636(Pindaan) 1985 yang masing-masing berkuat kuasa pada 9 Januari 1986. Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan setiap projek pembangunan mengambil kira akibat daripada pembangunan tersebut dan mengambil langkah-langkah kawalan yang sewajarnya.

    Peraturan untuk Kumbahan dan Eluen-Efluen Perindustrian 1970 telah digubal untuk melarang pembuangan/pelepasan sisa(efluen) tertentu seperti cecair /pelarut berbahaya, tar,buangan binatang, jirim-jirim pepejal, sampah,hampas,atauhabuk gergaji.Ingatkah anda kes pembuangan tong-tong yang berisi kimia beracun yang dilaporkan di media massa ? Kes terkini adalah pembuangan yang dijumpai di Kelang, Selangor.Tindakan dapat diambil oleh pihak kerajaan dengan adanya laporan berbentuk foto oleh orang awam yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut.

    Perundangan antarabangsa untuk mengawal pencemaran marin juga digubal antara lain seperti Law of the Sea ,MARPOL dan LondonDumping Convention. Ini adalah untuk menentukan kualiti persekitaran laut terkawal.Aktiviti kawalan pencemaran melibatkan sektor swasta, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,Jabatan Alam Sekitar bertanggungjawab sebagai penyelaras bagi aktiviti kawalan berkenaan. Anda semua juga terlibat dan memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan lautan dan persisiran pantai dijaga dan dilindungi dengan sempurna.

    Undang-Undang Pencegahan Penyalahgunaan Air yang diperkenalkan sebelum merdeka (1957), antaranya:

  • · Water Enactment Chapter 146 tahun 1920
  • · Natural Resourses Ordinance 1949
  • · Merchant Shipping Ordinance 1952 dan lain-lain.

    Terumbu Karang

    Tahukah adik-adik bahawa di dalam laut terdapat berjuta-juta jenis makhluk: ada yang kecil yang hanya dapat dilihat melalui mikroskop dan ada yang besar dan berat seperti ikan paus. Seperti juga di darat, makhluk laut terdiri daripada tumbuh-tumbuhan seperti rumput rumpai laut dan haiwan seperti ikan. Adik-adik bolehlah menyenaraikan seberapa banyak makhluk yang tinggal di dalam laut. Semua makhluk ini bergantung dan berinteraksi di antara satu sama lain di dalam satu ekosistem yang kompleks dan teratur. Jika kita menggangu ekosistem ini secara berlebihan seperti membuang bahan pencemaran, perhubungan makhluk-makhluk ini akan menerima akibatnya.

    Tahukah adik-adik bahawa salah satu ekosistem laut yang paling menarik dan menakjubkan ialah terumbu karang.Terunbu karang menyerupai sebuah taman bunga pelbagai jenis, warna, bentuk dan rupa .ketinggian terumbu karang boleh mencapai berpuluh meter dan keluasannya pula boleh menjangkau pulihan ribu kilometer persegi seperti yang terdapat di Great Barrier Reef, Australia yang mempunyai terumbu karang seluas 2000 kilometer persegi (sebesar negeri Johor). Tahukah adik-adik bahawa pembentukan dan pembinaan setiap bunga karang memakan masa berpuluh tahun lamanya. Bahan asa pembinaan bunga karang ialah pilip karang yang hidup di dalam tiud berangka sebesar satu milimeter atau kurang daripada satu milimeter garis pusat yang dipanggil coralite.

    Kepentingan Terumbu Karang

    Di terumbu karang, terdapat hampir sejuta spesies makhluk lautan dan 3000 daripadanya boleh tinggal bersama. Oleh itu, selain daripadanya boleh tinggal bersama . Oleh itu, selain daripada keindahannya yang unik dan mempesonakan, terumbu karang juga memainkan peranan yang amat penting di dalam kehidupan kita. Di antaranya ialah:
  • · Kaya dengan sumber kerana kepadatan ikan di terumbu karang adalah 100 kali lebih banyak daripada lautan luas
  • · Melindungi pantai dan muara sungai daripada hakisan ombak dan ribut
  • · Tempat tarikan pelancung
  • · Sumber ubat-ubatan

    Pertumbuhan Terumbu Karang Seperti juga manusia dan makhluk-makhluk lain di bumi ini, terumbu karang memerlukan cahaya matahari untuk hidup dan membiak dengan sempurna. Oleh sebab itu, kita akan dapat melihat lebih banyak terumbu karang di kawasan air yang cetek dan jernih seperti di persisiran pantai kepulauan di Malaysia . Namun begitu, terumbu karang juga boleh hidup dan membiak di kawasan air yang dalam , tetapi air di kawasan tersebut mestilah jernih dan bersih daripada endapan. Misalnya, terumbu karang di Pulau Layang-Layang boleh hidup di kawasan sedalam 70 meter. Adik-adik bolehlah melihat peta Malaysia dan cuba cari di mana letaknya Pulau Layang-Layang. Air yang jernih dan tidak tercemar menjadi kegemaran terumbu karang menbiak.

    Terumbu karang juga memerlukan suhu dan paras kemasinan air yang sesuai, biasanya di paras kemasinan air yang sesuai, biasanya di sekitar 20c hingga 30c serta tahap kemasinan di antara 38% hingga 80%.

    Bagaimana pemusnahan Terumbu Karang Boleh Berlaku?

    Tahukan adik-adik bahawa setakat ini, lebih daripada 10% terumbu karang di dunia musnah akibat tindakan manusia. Lebih banyak lagi terumbu karang yang sedang terancam . Walau pun terumbu karang yang terdapat di Malaysia masih lagi 'sihat', hanya 65% sahaja yang dianggap masih di dalam keadaan terbaik. Oleh itu, kita mestilah berusaha untuk memulihara kawasan terumbu karang supaya ia tidak pupus.

    Di antara faktor yang mengancam kesihatan terumbu karang ialah pencemaran, perlombangan dan pengutipan batu karang oleh kita sendiri. Selain daripada itu, sauh bot yang berlabuh di kawasan terumbu karang sama ada untuk tujuan pelancungan atau penangkapan ikan juga bolen merosakkan terumbu karang. Ancaman yang paling besar terhadap kehidupan terumbu karang , khususnya di negara kita ialah endapan dan kelodak yang dihasilkan oleh pembangunan tanah yang tidak terkawal di tepi pantai. Endapan dan kelodak tersebut akan menyelaputi permukaan batu karang dan akhirnya akan memusnahkan batu karang akibat kekurangan oksigen.

    Tanggungjawab Kita Memulihkan Terumbu Karang

    Pada tahun 1995, kerajaan telah mewartakan 38 buah pulau di Malaysia sebagai Taman Laut. Tujuannya adalah bagi memastikan tahap penjagaan dan pemulihan yang rapi dan teratur di samping melarang aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan terumbu karang di kawasan tersebut. Kita tidak boleh mengharapkan pihak kerajaan semata-mata untuk menjaga dan memulihara terumbu karang. Adik-adik sendiri boleh memainkan peranan untuk memulihara terumbu karang dengan cara yang mudah.

  • · Elakkan membuang sampah ataupun sisa ke dalam sungai dan laut. Gunakan tempat membuang sampah yang sesuai. Di samping itu, amalkan mengitar semula bahan-bahan tidak terpakai seperti botol dan tin.
  • · Elakkan daripada membeli perhiasan atau permainan yang diperbuat daripada batu karang. Apabila kita pergi berkelah di tepi pantai, jangan mengutip batu karang, siput ataupun hidupan yang lain yang terdapat di tepi pantai.
  • · Elakkan mengguna sabun secara berlebihan kerana air yang mempunyai campuran air sabun yang tinggi boleh mencemar air laut dan akhirnya mengancam terumbu karang.
  • · Jika kita pergi berkelah di tepi pantai patuhilah petua"jangan mengambil apa-apa pun kecuali mengambil gambar dan jangan tinggalkan apa-apa pun kecuali bekas tapak kaki" Sempana Tahun Terumbu Karang Sedunia 1997 (International Year of the Reef 1997, marilah kita bersama-sama meningkatkan pengetahuan tentang terumbu karang dan usaha kita untuk mengekalkan keaslian, kecantikan dan keunikan terumbu karang.

    Semoga dengan usaha kita akan dapat mengekalkan sumber yang amat berguna ini demi anak cucu kita yang akan datang.