Assalamualaikum..

Nama sebenar saya ialah Zazili Md.Nawi, member-member
panggil Lie sahaja.Manakala Nurlie pula merupakan gabungan
nama saya dengan isteri tercinta.

Saya mendapat pendidikan awal di daerah Tanah Merah,
Kelantan hingga Tingkatan 6 Atas di daerah yang sama.
Antara sekolah-sekolah saya ialah seperti Sekolah Kebangsaan
Tanah Merah(1977-1982), SM.Tanah Merah (1983-1987), SM.
Dato' Mahmud Paduka Raja (1988-1989) dan Institut Bimbingan
Akademik (1990-1991).

Saya menyambungkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia
(1992-1996), dalam bidang pendidikan dan mendapat Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Dengan Kepujian.

Kini, saya sedang bertugas Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri
Sarawak (1996 hingga.......)

Homepage ini adalah percubaan saya yang pertama. Sekiranya ada
kekurangan atau kelemahan harap dimaafkan.

Sekian..Terima kasih.

Kembali Ke My Homepage